Monday, March 8, 2010

ZON Garas Juara MSSD Ranau!

Buat julung kalinya selepas beberapa tahun tersisih dan kehausan gelaran sebagai Juara MSSD Ranau., akhirnya impian Zon Garas (Gabungan SK. Pinawantai, SK. Tarawas, SK. Togop Darat, SK. Tibabar, SK. Timbua dan SK. Naradan) menjadi kenyataan.
Adik Jatifah Gesikin, murid harapan dari SK. Pinawantai ini sendiri merupakan penyumbang utama terhadap kejayaan itu, dengan pungutan pingat emas dan perak yang melayakkan Zon Garas di tabal sebagai JUARA.. Memang berbaloi segala usaha pihak sekolah ini dan latihan yang diberikan selama ini. Tidak dinafikan juga bahawa adik Jatifah adalah salah seorang Projek Juara yang di latih sejak dari awal lagi di sekolah ini. Syabas dan tahniah buat Zon Garas dan juga buat SK. Pinawantai... LUBUK ATLET DAERAH RANAU!!

No comments:

Post a Comment