Saturday, May 15, 2010

Gotong-Royong Perdana 15 Mei 2010




Tuesday, April 6, 2010

Pesta Ko-Kurikulum

Syabas dan Tahniah kepada SK. Pinawantai di atas kejayaannya melakar sejarah buat kali pertama menganjurkan Pesta Ko-Kum antara rumah-rumah sukan di sekolah ini. Acara-acara yang dipertandingkan adalah acara bercerita tahap 1 dan tahap 2 Bahasa Malaysia, bercerita tahap 2 Bahasa Kadazan Dusun, Story Telling tahap 1 dan 2, public speaking tahap 2, pidato tahap 2, taboi-aboi dan nyayian solo lagu asli dan irama Malaysia.

Wednesday, March 31, 2010

ARCA 1 MALAYSIA



BINAAN 1 MALAYSIA..

Bagi menunjukkan bertapa SK. Pinawantai di Pedalaman Sabah ini dalam merealisasikan 1 Malaysia seperti mana yang termaktub dalam maksud dan objektif 1 Malaysia. Kami Satu Malaysia.. satu impian satu wawasan.. Kami bangsa berjaya..

Arca tersebut telah dibina oleh En. Manuil Gundolong, dan dibantu oleh pekerja-pekerja swasta sekolah ini.. Arca atau binaan ini adalah satu-satunya di Malaysia yang dibina menggunakan kayu-kayu terpilih dan dibentuk secara manual ataupun tanpa menggunakan mesin khas.
Binaan ini mula dibina pada 10 Mac 2010 dan siap sepenuhnya pada 31 Mac 2010.

Wednesday, March 24, 2010

HASIL KERJA MURID -TAHUN 3

Gambar menunjukkan hasil kerja murid-murid kelas Tahun 3. Di bawah kendalian Pn. Nur Syahadah Abdullah dalam matapelajaran pendidikan moral, inilah dia sebahagian daripada model rumah dan bangunan yang telah dibina oleh murid-murid tersebut. Tugasan yang diberikan seperti ini adalah satu jenis platform atau acuan yang baik terhadap mendisiplinkan murid tersebut disamping mengembangkan idea dan kreativiti murid-murid tersebut.

Monday, March 15, 2010

PETUA SEORANG GURU

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk,

Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon,

Murid belajar dengan tekun.

Kalau seorang guru mengajar tanpa alat,

Murid belajar dengan ralat.

Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap,

Ada murid bertambah gagap.

Kalau seorang guru menjadi pemudah cara,

Ramai murid pandai berbicara.

Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai,

Tak akan tahu murid bodoh dan pandai.

Kalau seorang guru berbudi bahasa,

Dikenang murid sepanjang masa.

++

Kalau seorang guru selalu tekan handphone,

Ada murid bermain-main di belakang.

Kalau seorang guru suka menempelak,

Ada murid menjadi pembuli.

Ada murid pandai terus jadi tak pandaiCOMING SOON-

Saturday, March 13, 2010

Friday, March 12, 2010

MINGGU DISIPLIN MAC2010